Wednesday, January 26, 2011

Download quran flash


Dibawah ini ada link utk download Al-quran dalam bentuk flash. File akan didownload dalam bentuk zip. Semoga memperoleh manfaat daripadanya.


Monday, January 24, 2011

KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN


Dibawah ni ada kata2 hikmah daripada pemimpin terdahulu pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin. Kata2 hikmah ini adalah perkongsian untuk semua. Sumber sebenar boleh didapati di link ini

http://www.al-azim.com/masjid/khulafa.html

semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manafaat kepada pembaca


SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Tuesday, January 18, 2011

Web untuk download audio@mp3 Al-Quran percuma


Dibawah ni ada link yang boleh menyambungkan anda ke laman web untuk mendownload audio@mp3 Al-Quran secara percuma. Ya, percuma x perlu bayar pun. Semua surah ada. Web ini menyediakan 2 bahasa dlm English dan Arab. Audio daripada qari yang tersuhur antaranya Ahmad El-Agamy, Mohammed Ayyoub, Abdul Baset Abdul Samad, Saad Al-Ghamdi, Mohammed Jebreel, Mahmoud El-Husary, Mishary Rashed dan Abubakr El-Shatery. File yang nak didownload telah dicompreskan ke bentuk Winzip, jadi tidaklah perlu menunggu masa yang lama untuk mendownload. Harap boleh sebarkan kepada kawan2 untuk kepentingan bersama. Selamat mendownload.

Monday, January 17, 2011

Tersimpan maksud disebalik gambar















*gambar adalah daripada sumber2 laman web yang boleh dipercayai*

Sunday, January 16, 2011

ZIKIR HARIAN


Jumaat

يا الله
-Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah.

Sabtu

لااله الا الله
-Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad

يا حى يا قيوم
-Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin

لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
-Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa

اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
-Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu

أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
-Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis

سبحان الله العطيم وبحمده
-Tumbuh tanaman syurga baginya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Laman depan