"ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM 1MALAYSIA"
untuk pengetahuan umum, "Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" itu sudah sempurna
menurut Saidina Umar, maksudnya : apa lagi yang ada selepas sempurna jika ditambah akan berkurang kembali.
Sekiranya dalam sesuatu majlis itu terdapat orang bukan islam, bolehlah memisahkan ianya dengan menyebut "Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan pada yang bukan islam Salam 1Malaysia."
Dan sekiranya mempunyai orang islam saja lebih eloklah meninggalkan Salam 1Malaysia itu.
Ini adalah kerana penambahan 1Malaysia itu mungkin boleh menjejaskan sesuatu yang sudah sempurna.
Nabi Muhammad S.A.W. pernah berkata : perbuatan yang berunsur islam pada seseorang mukmin itu ialah dia tidak membuat benda yang tidak perlu.
Sekiranya tidak mempunyai keperluan eloklah meninggalkannya.
Contohnya : menaikai kereta yang mempunyai tayar lima sedangkan tayar kereta biasa empat sahaja. Bunyinya hebat tetapi penambahan tayar tersebut boleh menyebabkan ianya cacat.
Contoh lain : menaiki motor tayar tiga. Menyebabkan salah tanggapan daripada orang lain seperti
'dia ni tak pandai naik motor ker...'
'dia ni cacat ker...'
Oleh itu kita tidaklah boleh berlebihan kerana sesuatu yang elok itu boleh menjadi cacat.
peringatan : sekiranya dalam majlis hanya mempunyai orang islam sahaja eloklah meninggalkan salam 1Malaysia itu.
sekiranya ada seorang kata salah dan seorang lagi kata betul Salam 1Malaysia itu, rasulullah telah ajar dengan berkata : tinggalkan benda yang mempunyai keraguan kepada benda yang sah tidak ada ragunya.
Yang tidak ada keraguan "Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"
Yang ada keraguan "Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia"
Islam itu mudah sekiranya tidak dicampur-campur dan tidak dikurang-kurang
*hasil dipetik dari ceramah Ustaz Wan Sohor Bani Bin Leman
*tajuk ceramah 'Mendidik Anak-anak Cara Nabi'
*18 feb 11 (jumaat), 8.15 pagi di Dewan Solat Utama MSI
No comments:
Post a Comment