Pertama sekalinya saya ingin mengucapkan terima kaseh kepada Danial Atiff kerana telah menegur saya atas kesilapan yang telah dilakukan iaitu atas kebiadapan saya menyebut nama lecture atau ayah saya ditempat belajar ini.
Nabi S.A.W sendiri telah menyatakan dalam hadis yang sering kita dengari dan dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah :
الدين النصيحة
“Agama itu nasihat”
Terima kaseh berbanyaklah, sesungguhnya tiada niat untuk mengejek atau mengaipkan nama lecture.
Haram hukumnya atas sebab untuk mempermainkan, mengejek dan mengaibkan nama seseorang itu, lebih-lebih lagi kepada ayah kita sendiri (ayah kepada saya di sini).
Diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amr bin 'Ash, katanya: " Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: "Antara dosa-dosa yang berat; seseorang itu memaki ibu bapanya." Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya ? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula."
Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.” (Ahmad dan at-Tabrani)
Huraian 1. Bergurau janganlah melampaui batas kesopanan hingga menyakiti atau menghina sehingga menyebabkan dukacita dan sebagainya.
Huraian 2. Banyak bergurau boleh menyebabkan hati seseorang mati dan mengurangkan kehebatan bahkan bergurau dengan cara mengolok-olok, mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah boleh mendatangkan dosa sama ada orang yang melakukannya itu menyedarinya ataupun tidak.
Huraian 3. Selaku seorang Islam kita haruslah berlapang dada (toleransi) dalam menghadapi perbedaan pendapat di mana Islam melarang kita bertengkar hingga menyebabkan timbulnya pertikaian dan saling berhujjah, mengkafirkan atau menganggap yang lain halal darahnya (bunuh-membunuh).
(hadis dipetik daripada iluvislam.com)
Selain itu, Nabi SAW ada sebut :
Mungkin nampak biasa, tapi sebab hal-hal kecil ni lah perpecahan dan perbalahan boleh tercetus.
Sekali lagi saya memohon maaf sesungguhnya tidak terlintas dalam hati dan sanubari saya untuk niat kearah itu.
No comments:
Post a Comment