Saturday, February 26, 2011

Allah sengaja menemukan kita


Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana ada hikmah disebaliknya.

Supaya kita dapat menjadi penilai yang baik, supaya kita sedar, bahawa kita
hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Dapat kasih sayang yang terbaik,khas untuk kita agar kita sedar bahawa Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa manusia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan
kehidupan kita dimasa hadapan.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya
kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang
berpeluang untuk
mengalaminya
supaya kita menjadi manusia yang hebatnya dan faham
bahawa cinta yang terbaik hanya bersama Allah.

Dan supaya kita lebih mengenal kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Dan ingat bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya.

Hari esok kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Sesungguhnya Allah sentiasa untuk mendengar permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh dengan pengharapan hanya.... hanya... kepada-Nya.




*perkongsian daripada * * Fairlady@yahoo.com"
*daripada hidayahnet@yahoogroups.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Laman depan